Page 29 - Manifesto_PH_BM
P. 29

memperkukuh hak para pemandu e-hailing, dan pada waktu yang sama memastikan hak

               dan kebajikan para pemandu teksi juga turut terjaga.


               Kami  akan  memastikan  syarikat-syarikat  pengangkutan  bersaing  secara  sihat  untuk

               mendapatkan  konsesi,  agar  tidak  wujud  monopoli,  lantas  menyumbang  kepada
               penurunan kos.



               Di  bandar-bandar  besar  seluruh  negara,  kami  akan  memperkenalkan  secara
               berperingkat skim pas pengangkutan bulanan dengan kos RM100 sebulan sahaja yang

               akan membolehkan penggunaan pelbagai jenis pengangkutan awam dengan satu pas.


               Untuk  memastikan  kualiti  perkhidmatan  bas  awam  boleh  diperbaiki,  kami  akan

               memastikan  berlaku  pertambahan  10,000  unit  bas  awam  di  seluruh  negara  dalam
               penggal pertama pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.




















































                                                           28
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34