Page 27 - Manifesto_PH_BM
P. 27

Janji 7: Menyediakan subsidi minyak bersasar


               Tindakan UMNO dan Barisan Nasional menghapuskan subsidi minyak pada akhir tahun

               2014  telah  menyumbang  kepada  lonjakan  kenaikkan  harga  barangan  yang
               membebankan rakyat. Akibatnya, rakyat terbelenggu dengan peningkatan kos sara hidup

               yang mendadak.


               Peningkatan harga  minyak mempunyai  kesan  yang signifikan ke  atas kos sara hidup,

               iaitu, contohnya, melalui kos ulang alik ke tempat kerja untuk mencari rezeki yang halal.
               Kesan  terburuk  dihadapi  oleh  golongan  B40  dan  sebahagian  mereka  yang  berada  di

               peringkat bawah kelompok M40.


               Penghapusan subsidi minyak secara mendadak oleh UMNO dan Barisan Nasional dengan

               tidak menyediakan langkah untuk membantu mereka yang terjejas teruk, adalah satu
               kezaliman. Kerajaan Pakatan Harapan akan memberikan subsidi minyak pada kadar yang

               sesuai setiap bulan kepada golongan yang layak untuk kegunaan motorsikal 125 cc ke

               bawah dan kereta 1300 cc ke bawah. Satu kuota yang sesuai akan ditetapkan.


               Pada hari ini, sudah wujud teknologi yang membolehkan kad pengenalan digunakan di

               kios  pam  minyak.  Kami  akan  merangka  satu  mekanisme  pemberian  subsidi  dengan
               menggunakan maklumat dalam rekod kad pengenalan. Dengan cara ini, subsidi hanya

               akan disasarkan kepada golongan yang memerlukan sahaja.


               Bagaimanapun,  dalam  proses  pemberian  subsidi  ini,  Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan

               sentiasa mengambil kira keperluan untuk memastikan bilangan kenderaan persendirian

               di  Malaysia  tidak  meningkat  dengan  mendadak  sehingga  mencemar  alam  sekitar.
               Kerajaan Pakatan Harapan akan terus komited untuk memperbanyak dan memperbaiki

               pengangkutan awam agar pemilikan kenderaan bukan lagi menjadi suatu keperluan yang

               membelenggu rakyat.







                                                           26
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32