Page 25 - Manifesto_PH_BM
P. 25

pertumbuhan  ekonomi  dan  pelaburan  negara  dengan  cara  mempercepat  integrasi

               ekonomi Malaysia ke dalam sistem ekonomi global dan serantau.


               Selanjutnya,  Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  mengusahakan  agar  mobiliti  graduan

               dimasukkan  sebagai  salah  satu  daripada  agenda  Komuniti  Ekonomi  ASEAN.  Ini  akan
               untuk membolehkan graduan Malaysia meneroka peluang pekerjaan di negara-negara

               ASEAN yang lain.


               Pertumbuhan  ekonomi  digital  dan  ekonomi  kreatif  yang  kini  semakin  popular  di

               kalangan anak muda juga akan didokong oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Dalam rangka
               mencapai  matlamat  ini,  kami  akan  mengambil  langkah-langkah  perlu  untuk

               mengurangkan  harga  internet  jalur  lebar  sehingga  separuh  daripada  kadar  sekarang,

               tetapi meningkatkan kelajuannya sebanyak dua kali ganda.




















































                                                           24
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30