Page 26 - Manifesto_PH_BM
P. 26

Janji 6: Menghapuskan kutipan tol


               Syarikat-syarikat yang diberikan konsesi tol oleh kerajaan menikmati keuntungan yang

               sangat tinggi. Buktinya ialah sebuah syarikat, iaitu MAJU Holdings, boleh menawarkan

               untuk mengambil alih Lebuhraya PLUS dengan janji untuk tidak menaikkan bayaran tol
               selama  20  tahun.  Jika  konsesi  itu  tidak  untung,  bagaimana  mungkin  MAJU  Holdings

               menawarkan untuk mengambil alih tanpa menaikkan bayaran sebegitu lama?


               Tetapi UMNO dan Barisan Nasional terus membiarkan syarikat penerima konsesi, seperti

               PLUS, terus menerus  menekan rakyat demi  keuntungan,  walaupun ia adalah syarikat
               milik  kerajaan.  Jelas  sekali,  UMNO  dan  Barisan  Nasional  tiada  keinginan  untuk

               menghentikan  kenaikan  harga  tol.  Malahan,  perjanjian  yang  mereka  tandatangani

               memaksa  wang rakyat digunakan untuk memberi  pampasan  berbilion  ringgit kepada
               syarikat-syarikat  terpilih.  Walaupun  tol  mungkin  tidak  dinaikkan  atau  dihapuskan,

               syarikat-syarikat terpilih itu terus mengaut keuntungan akibat perjanjian berat sebelah.


               Pakatan Harapan berpegang dengan prinsip bahawa monopoli konsesi yang dimiliki oleh

               syarikat-syarikat tertentu yang rapat dengan kerajaan perlu dihentikan.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuhraya.

               Kami  akan  berunding  untuk  mendapatkan  harga  yang  terbaik  untuk  mengambil  alih
               setiap  konsesi  tol  dengan  matlamat  akhir  untuk  menghapuskan  kutipan  tol  secara

               berperingkat. Kami percaya bahawa penyediaan infrastruktur asas seperti jalanraya dan

               lebuhraya adalah tanggungjawab kerajaan untuk rakyat.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  mengambil  alih  konsesi  dengan  pampasan  yang  adil

               kepada syarikat berkaitan.













                                                           25
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31