Page 31 - Manifesto_PH_BM
P. 31

Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  menambah  peruntukan  dan  memberi  insentif  untuk

               penglibatan syarikat swasta dan badan-badan kebajikan untuk merawat penyakit jarang
               berlaku (rare diseases), terutamanya di kalangan golongan kurang berada, dan untuk

               membantu keluarga yang mempunyai anak berkeperluan khas.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit. Ini

               termasuk pencegahan, pengesanan awal penyait berkenaan, serta memberikan rawatan

               penyakit  barah.  Ini  memerlukan  strategi  dan  kerjasama  pelbagai  sektor  dan  lapisan
               masyarakat, termasuk perancangan bandar, pengangkutan awam, perundangan industri

               makanan dan sebagainya.


               Lebih  banyak  sumber  kerajaan  akan  disalurkan  kepada  penjagaan  kesihatan  mental

               melalui hospital-hospital awam, terutamanya dari segi sumber manusia dan juga melalui
               perlindungan insurans.


               Kerajaan  juga  akan  menyediakan  vaksin  pneumokokus  (“pneumococcal  vaccination”)

               secara  wajib  untuk  semua  kanak-kanak  di  bawah  umur  2  tahun  iaitu  seperti  yang

               dilakukan oleh banyak negara lain.


               Untuk  menangani  isu  rawatan  pesakit  terminal,  insentif  akan  disediakan  untuk

               penubuhan pusat penjagaan paliatif (“palliative care”) di seluruh negara.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  mengarahkan  Kementerian  Kesihatan  supaya

               menyediakan plan terperinci untuk menyelesaikan masalah  doktor-doktor muda atau
               “houseman” yang terpaksa menunggu terlalu lama. Peluang pendidikan dalam bidang

               perubatan akan diteliti untuk memastikan bilangan pelajar perubatan dan juga bilangan

               biasiswa atau pinjaman yang diberikan adalah selaras dengan kapasiti dan keperluan
               doktor dalam negara.  Penajaan untuk belajar di luar negara akan diberi hanya untuk

               universiti yang menepati piawaian yang sewajarnya.











                                                           30
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36