Page 34 - Manifesto_PH_BM
P. 34

sewajarnya oleh UMNO dan Barisan Nasional selain daripada pemberian-pemberian kecil

               semasa musim pilihan raya sahaja.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  melindungi  dan  menjaga  kebajikan  para  petani,

               penternak dan nelayan dengan memperkenalkan satu skim perlindungan Takaful demi
               menjamin masa depan mereka.



               Ada di kalangan para petani dan penternak yang ditimpa musibah apabila berlaku cuaca
               buruk  atau  serangan  penyakit  terhadap  tanaman  dan  penternakan  mereka.  Kerajaan

               Pakatan  Harapan  akan  menyediakan  bantuan  untuk  menjamin  pendapatan  petani,
               penternak dan nelayan apabila musibah sebegini melanda.



               Perhatian akan diberikan kepada para penoreh getah yang menghadapi penurunan harga
               mendadak atas  sebab-sebab yang di  luar  kawalan mereka. Stok penimbal  getah akan

               diwujudkan untuk memastikan kestabilan di pasaran.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan membanteras manipulasi orang tengah ke atas petani,

               penternak dan nelayan.






































                                                           33
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39