Page 30 - Manifesto_PH_BM
P. 30

Janji 9: Mempertingkat akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan


               Akses yang sama rata kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti merupakan satu

               indikator  penting  sebuah  masyarakat  yang  seimbang.  Tetapi  kini  perkhidmatan

               kesihatan  yang  berkualiti  lebih  mudah  diakses  oleh  golongan  berpendapatan  tinggi.
               Beberapa  hospital  awam  secara  umumnya  mempunyai  peralatan  yang  canggih  dan

               doktor pakar yang amat komited dengan tanggungjawab mereka. Tetapi mereka dibebani

               dengan bilangan pesakit yang amat ramai dan di luar kapasiti yang dapat ditanggungnya.
               Antara  faktor  penyebabnya  ialah  kegagalan  UMNO  dan  Barisan  Nasional  memberi

               peruntukan yang mencukupi untuk sektor kesihatan. Sehingga hari ini, kita masih jauh
               daripada kadar 7 peratus yang disarankan oleh badan antarabangsa.



               Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan peruntukan kewangan bagi Kementerian
               Kesihatan  dinaikkan  kepada  4  peratus  daripada  KDNK  dalam  penggal  pertama

               pentadbiran  kami.  Ini akan  memastikan  kegagalan  UMNO  dan  Barisan  Nasional  yang
               hanya memperuntukan 2 peratus daripada KDNK sahaja akan diperbaiki segera.



               Pakatan Harapan sedar bahawa  rakyat semakin bimbang tentang  kos kesihatan  yang
               semakin meningkat. Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mampu membeli insuran

               kesihatan yang diperlukan.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan memperkenalkan Skim Peduli Sihat, iaitu seperti yang

               telah dilaksanakan di Selangor, ke seluruh negara. Skim ini memperuntukkan RM500

               setahun untuk keluarga B40 untuk melawat klinik swasta bagi rawatan asas (primary
               care).  Ini  akan  memastikan  mereka  tidak  bergantung  hanya  kepada  hospital-hospital

               atau pusat-pusat kesihatan awam yang mungkin jauh dari rumah. Ia juga mengurangkan

               bebanan tugas pegawai kesihatan awam.


               Kerajaan Pakatan Harapan juga akan mengusahakan kerjasama lebih erat antara pusat-

               pusat  kesihatan  awam  dengan  klinik-klinik  swasta  supaya  liputan  perkhidmatan
               dipertingkatkan.







                                                           29
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35