Page 28 - Manifesto_PH_BM
P. 28

Janji 8: Memperbaiki kualiti dan liputan pengangkutan awam


               Sistem  pengangkutan  awam  sekarang  terlalu  berpusat  di  Kuala  Lumpur.  Kawasan-

               kawasan lain di seluruh negara masih memerlukan peningkatan liputan pengangkutan
               awam, baik di bandar-bandar besar apatah lagi di luar bandar. Ini mewujudkan suasana

               yang ironis, di mana golongan berpendapatan rendah di kampung-kampung memerlukan

               kereta untuk pergi ke mana-mana, walaupun pendapatan mereka adalah terhad.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  memperluas  akses  dan  liputan  perkhidmatan
               pengangkutan  awam  dengan  cara  mewujudkan  insentif  bagi  syarikat  bas  untuk

               berkhidmat di kawasan sekitar bandar dan luar bandar. Syarikat-syarikat bas yang mahu

               mendapat  konsesi  bagi  laluan  yang  membawa  keuntungan  akan  diwajibkan
               menyediakan perkhidmatan di laluan yang kurang padat. Tindakan tegas akan diambil

               sekiranya syarikat-syarikat ini gagal mematuhi peraturan, agar kelemahan yang wujud
               selama ini dapat diperbaiki.



               Kerajaan  Pakatan  Harapan  memandang  positif  perkembangan  teknologi  baru  dan
               pertumbuhan  sektor  ekonomi  perkongsian  seperti  e-hailing  yang  semakin  banyak

               digunakan. Ada juga negara yang kini sedang mencuba teknologi ini untuk perkhidmatan

               bas dan motorsikal.


               Kami  akan  bekerjasama  dengan  syarikat-syarikat  dan  pemilik-pemilik  bas  dan  bas

               sekolah sedia ada, dan akan menggalakkan usahawan tempatan yang memiliki kenderaan
               yang sesuai untuk menceburi dan bersaing dalam sektor ini, agar ia tumbuh dengan pesat

               di  kawasan-kawasan  yang  memerlukan  lebih  banyak  pengangkutan  awam,  termasuk

               kawasan luar bandar serta di Sabah dan Sarawak. Kami juga akan mengurangkan kos
               bayaran lesen bas sekolah.



               Ini  memerlukan  sistem  perundangan  dan  kawal  selia  yang  mesra  inovasi,  agar  lebih
               ramai individu boleh melibatkan diri dalam sektor e-hailing, lantas menyumbang ke arah

               peningkatan  akses  pengangkutan  awam  dan  pada  waktu  yang  sama  mempelbagai
               peluang  pekerjaan  di  luar  bandar.  Untuk  itu,  Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan



                                                           27
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33