Page 24 - Manifesto_PH_BM
P. 24

Janji 5: Meringankan beban hidup yang ditanggung oleh anak muda


               Anak  muda  perlu  dibantu  untuk  memulakan  kehidupan  berdikari  agar  mereka  boleh

               menjadi penyumbang kepada kemajuan negara pada masa hadapan. Namun pada hari ini,

               anak muda semakin tertekan dengan peningkatan kos sara hidup, terutama jika mereka
               baru sahaja memulakan kerjaya.



               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  memberi  keutamaan  kepada  anak  muda  yang  layak
               untuk membeli atau menyewabeli rumah mampu milik di seluruh Malaysia.


               Untuk  membolehkan  anak  muda  memiliki  kenderaan  yang  sesuai,  Kerajaan  Pakatan

               Harapan akan mengurangkan kadar duti eksais kereta import yang berperingkat bagi

               kereta  pertama  dengan  enjin  bersaiz  di  bawah  1600  cc  agar  pembeliannya  dapat
               dilakukan dengan harga lebih rendah.


               Bebanan hutang PTPTN yang ditanggung oleh graduan akan dikurangkan dengan cara

               melanjutkan tempoh mula bayar agar mereka mula membayar hanya apabila pendapatan

               bulanan  kasar  mencapai  RM4,000  sebulan.  Pelajar  yang  cemerlang  dan  juga  pelajar
               daripada keluarga berpendapatan rendah akan diberikan diskaun bayaran yang setimpal

               ataupun hutang PTPTN akan dilupuskan seluruhnya.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  memperkenalkan  insentif  perkahwinan  seperti  yang

               diamalkan di oleh pentadbiran kami di Selangor. Ini akan membantu pasangan muda

               berumur di bawah 35 tahun dalam perkahwinan pertama mereka.


               Kerajaan Pakatan Harapan yakin bahawa majikan yang baik akan turut sama membantu

               menyelesaikan  bebanan  hutang  PTPTN  pekerja  mereka.  Oleh  itu,  insentif  cukai  akan
               dberi  kepada  majikan  yang  membantu  membuat  bayaran  balik  tanpa  memotong  gaji

               pekerja terbabit.


               Untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti tinggi yang bersesuaian

               dengan  kelayakan  anak  muda,  Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  merancakkan





                                                           23
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29