Page 33 - Manifesto_PH_BM
P. 33

Monopoli yang diberi oleh UMNO dan Barisan Nasional kepada BERNAS akan dihapuskan

               dan kerajaan akan memastikan penyeliaan dilakukan secara holistik di setiap peringkat
               rantaian pengeluaran beras.



               Matlamat kerajaan Pakatan Harapan ialah untuk memastikan tahap bekalan padi negara
               mencapai  kadar  maksimum  dan  stok  keperluan  negara  akan  mengutamakan  beras

               tempatan yang mempunyai kualiti yang sesuai.


               Untuk  membela  nasib  para  pesawah,  Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  mengawal

               kemasukan beras import dan mengambil tindakan tegas terhadap penyeludupan beras.
               Kawalan sempadan akan diperketatkan dan mana-mana anggota pengawal yang terlibat

               dengan kegiatan penyeludupan haram akan dikenakan tindakan disiplin yang serius.


               UMNO  dan  Barisan  Nasional  memberikan  kuasa  monopoli  yang  tidak  wajar  kepada

               syarikat-syarikat  tertentu.  Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  menghapuskan  kuasa
               monopoli ini.



               Kami akan mewujudkan mekanisme aduan di Kemeterian Pertanian untuk membolehkan
               petani yang merasakan dirinya dianiaya oleh mana-mana pihak boleh membuat bantahan

               secara terus.


               Pemberian subsidi akan diuruskan oleh agensi kerajaan yang sesuai dan bukan lagi oleh

               syarikat berkepentingan seperti BERNAS. Mekanisme dan kadar subsidi harga padi akan

               disemak segera untuk memastikan adil kepada petani.


               Pemberian bantuan akan dibuat dalam bentuk tunai kepada mereka yang layak untuk

               membolehkan mereka memilih sendiri baja dan benih yang berkualiti dan sesuai dengan
               keperluan sawah masing-masing.



               Pakatan Harapan berpandangan bahawa para petani dan peladang adalah wira negara
               yang  kurang  pengiktirafan.  Mereka  mengusahakan  tanah  sehingga  menghasilkan

               tanaman yang bermutu untuk dinikmati oleh rakyat, tetapi mereka tidak dibantu dengan





                                                           32
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38