Page 22 - Manifesto_PH_BM
P. 22

Kerajaan PH juga akan merombak rancangan PR1MA agar tidak wujud lagi eksploitasi

               oleh  syarikat-syarikat  pemaju  kroni  yang  mendapatkan  tanah  kerajaan  dengan  harga
               murah, tetapi meraih keuntungan tinggi dengan membina hanya sedikit rumah mampu

               milik.


               Untuk  mempertingkat  pemilikan  rumah  di  kalangan  Bumiputera,  Kerajaan  Pakatan

               Harapan akan menggalakkan dan mempermudahkan proses pembinaan rumah mampu

               milik  di  atas  tanah-tanah  waqaf,  dengan  cara  memberi  insentif  kepada  Majlis-Majlis
               Agama  Islam  Negeri-negeri  bekerjasama  dengan  pemaju  swasta.  Ini  akan  menambah

               bilangan rumah mampu milik yang menyasarkan masyarakat Muslim.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  juga  akan  bekerjasama  dengan  kerajaan-kerajaan  negeri

               untuk mempermudah proses penukaran status tanah sekiranya pemaju mencadangkan
               pembinaan rumah mampu milik. Kuota rumah mampu milik akan dinaikkan supaya lebih

               banyak  unit  yang  termasuk  dalam  kategori  ini.  Insentif  cukai  akan  diberikan  kepada
               syarikat  perumahan  yang  memfokus  kepada  perumahan  mampu  milik,  terutamanya

               dengan  menggalakkan  penggunaan  teknologi  terkini  seperti  Industrialised  Building

               System (IBS) agar kos dapat dikurangkan.


               Bagi  memastikan  tumpuan  yang  lebih  tinggi  boleh  diberikan,  satu  Majlis  Perumahan

               Mampu Milik Kebangsaan akan diwujudkan untuk menyatukan gerak kerja semua agensi
               yang berkaitan di bawah satu bumbung, dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Majlis

               ini, antara lain, akan mengambil langkah-langkah berikut:

               x  membina satu juta rumah mampu milik dalam masa dua penggal pentadbiran kami.
               x  menyelenggara satu pengkalan data terbuka rumah mampu milik yang belum terjual,

                   untuk    mengelak     penyembunyian       maklumat     oleh    pemaju    yang    tidak

                   bertanggungjawab.
               x  menyelenggara program sewabeli rumah mampu milik untuk golongan M40 dan B40,

                   serta program khas “rumah mampu sewa” untuk mereka yang layak, terutamanya

                   daripada golongan anak muda.
               x  menyelaras  perancangan  dengan  institusi  perbankan  agar  akses  kepada  pinjaman

                   perumahan untuk pembelian rumah pertama boleh diperluaskan.





                                                           21
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27