Page 20 - Manifesto_PH_BM
P. 20

Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  memastikan  pengaruh  politik  dihapuskan  daripada

               proses pemberian bantuan agar semua rakyat tanpa mengira latar belakang politik akan
               terus  mendapat  bantuan  dan  ia  ini  tidak  disalah  guna.  Penyaluran  bantuan  kerajaan

               melalui  parti-parti  politik  atau  mereka  yang  berkepentingan  politik  akan  dihentikan

               kerana  ini  adalah  amalan  yang  tidak  beretika.    Sebaliknya,  pengagihan  akan  dibuat
               melalui jentera kerajaan dan badan-badan kebajikan yang tulin.



               Sistem  bantuan  kewangan  bersasar  tersebut  akan  berfungsi  sebagai  jaringan
               keselamatan sosial yang universal (universal social safety net) bagi semua rakyat yang

               layak, sepertimana yang kini wujud di negara-negara maju.


               Pada  peringkat  awal,  skim  bantuan  ini  akan  memberi  keutamaan  kepada  rakyat

               berpendapatan  paling  rendah  di  kawasan  luar  bandar,  terutamanya  di  negeri-negeri
               seperti Kedah, Kelantan dan Sabah, serta kawasan-kawasan FELDA dan FELCRA. Skim ini

               akan diperluas ke seluruh negara secara berperingkat.


               Pelaksanaan  skim  ini  akan  memerlukan  penambahbaikan  yang  signifikan  terhadap

               pangkalan  data  dan  maklumat  yang  disimpan  oleh  kerajaan.  Maklumat  yang  kini
               disimpan  oleh  Jabatan  Pendaftaran  Negara,  program  eKasih,  Lembaga  Hasil  Dalam

               Negeri, dan agensi-agensi lain, termasuklah di negeri-negeri, akan diselaraskan agar data

               yang dimiliki sentiasa terkini dan tepat.


               Negeri-negeri pengeluar minyak dan gas akan diberi royalti atau nilai bersamaan yang

               sewajarnya. Kezaliman UMNO dan Barisan Nasional yang memberi dana berdasarkan
               perkiraan politik akan dihentikan.



               Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan
               Sarawak, serta negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain, kepada 20 peratus atau nilai

               yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih

               adil.  Ini  akan  membolehkan  negeri-negeri  berkenaan  mengambil  alih  lebih  banyak
               tanggungjawab perbelanjaan pembangunan di peringkat negeri.






                                                           19
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25