Page 17 - Manifesto_PH_BM
P. 17

Janji 2: Menurunkan tekanan kenaikan harga yang membebani rakyat


               Kenaikan harga barang kini semakin berleluasa sehingga kehidupan rakyat biasa menjadi

               semakin sukar. Kadar inflasi pula naik hampir 4 peratus pada tahun 2017 berbanding

               dengan 1 peratus sahaja pada tahun 2015, iaitu sebelum GST diperkenalkan. Pemimpin
               UMNO  dan  Barisan  Nasional  terlalu  sibuk  mengumpul  kekayaan  peribadi  sehingga

               mereka terpisah daripada realiti kesusahan hidup rakyat sekarang. Mereka bermegah

               dengan jet peribadi dan kereta mewah, tetapi rakyat dibebankan dengan kenaikan harga
               barangan keperluan dan petrol.


               Pakatan Harapan merasai denyut nadi rakyat yang semakin dibelenggu oleh kesukaran

               hidup.  Kami  akan  mengambil  tindakan  segera  untuk  menstabilkan  harga  barangan

               keperluan asas dan mengawal faktor-faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  memastikan  syarikat-syarikat  besar  tidak  boleh
               menzalimi rakyat melalui kuasa monopoli mereka. Monopoli yang dimiliki oleh syarikat-

               syarikat seperti BERNAS dalam pengeluaran beras, ASTRO dalam sektor penyiaran, dan

               lain-lain  lagi,  akan  dikaji  semula. Harga  ubat-ubatan  juga  akan  dipastikan  berpatutan
               dengan cara memastikan wujud persaingan sihat di kalangan pembekal.



               Kerajaan Pakatan Harapan akan bekerjasama secara proaktif dengan pihak pembekal
               untuk  memastikan  bekalan  barang-barang  sentiasa  mencukupi,  terutama  di  musim

               perayaan. Bekalan barangan yang cukup untuk memenuhi permintaan akan menjamin

               tiada peningkatan harga yang mendadak.


               Insentif yang secukupnya juga akan diberikan untuk meningkatkan bekalan keperluan

               asas supaya tekanan kenaikan harga boleh dikurangkan dalam masa jangka panjang.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan mengurangkan kadar duti eksais kereta import yang

               berperingkat  bagi  kereta  pertama  dengan  enjin  bersaiz  di  bawah  1600  cc.  Ini  untuk
               membolehkan pembelian kereta pertama dilakukan dengan harga lebih rendah. Untuk

               mengelakkan  salah  guna,  hanya  satu  kereta  yang  layak  bagi  satu  isi  rumah  yang
               berpendapatan di bawah RM8,000 sebulan.



                                                           16
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22