Page 18 - Manifesto_PH_BM
P. 18

Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  mengambil  langkah  segera  untuk  menghapuskan
               kutipan tol di lebuh raya secara berperingkat.



               Salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos barangan keperluan harian
               ialah kejatuhan nilai matawang Ringgit di pasaran antarabangsa. Nilai Ringgit telah jatuh

               berbanding hampir semua matawang dunia. Malahan juga jika dibandingkan dengan Baht

               Thailand dan Taka Bangladesh! Malaysia mengimport lebih daripada 90 peratus bekalan
               susu,  70  peratus  bekalan  daging  dan  50  peratus  bekalan  sayur.  Apabila  nilai  Ringgit

               merudum maka, harga barangan ini telah meningkat naik di Malaysia. Kerajaan Pakatan
               Harapan  akan  memberikan  tanggungjawab  kepada  Bank  Negara  Malaysia  untuk

               merangka  strategi  terbaik  untuk  mengembalikan  nilai  Ringgit  kembali  ke  potensi

               sebenarnya dalam masa 3 tahun.



















































                                                           17
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23