Page 15 - Manifesto_PH_BM
P. 15

TERAS 1: MERINGANKAN BEBANAN KEHIDUPAN RAKYAT


               Kini  rakyat  terbelenggu  dengan  kos  sara  hidup  yang  tinggi.  Bebanan  ini  memaksa

               sesetengah  rakyat  untuk  melakukan  dua  pekerjaan,  sehingga  tiada  lagi  masa  untuk

               bersama  keluarga  dan  jiran-jiran.  Hutang  isi  rumah  pula  meningkat  begitu  tinggi
               sehingga lebih 20,000 orang muda berumur di bawah 35 tahun telah diisytiharkan muflis.



               Para pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi pula terpaksa menanggung hutang sebaik
               sahaja mereka tamat belajar. Lebih buruk lagi, rakyat biasa di kampung-kampung dan di

               kawasan-kawasan FELDA juga menanggung sengsara dalam mengharungi kesempitan
               hidup.



               Semua ini mencalarkan kehormatan kita sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah kerana
               kita tidak lagi mampu hidup bahagia di negara sendiri, sedangkan pemimpin politik yang

               korup hidup senang lenang.


               Pakatan  Harapan  beriltizam  untuk  meringankan  bebanan  kehidupan  rakyat  dengan

               melaksanakan  janji-janji  yang  terkandung  di  dalam  buku  ini  dengan  penuh
               tanggungjawab.







































                                                           14
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20