Page 16 - Manifesto_PH_BM
P. 16

Janji 1: Menghapuskan GST


               Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah satu bentuk cukai yang menekan rakyat

               berpendapatan  rendah  dan  sederhana.  Ia  merupakan  cukai  regresif  yang  terpaksa

               dibayar  walaupun  oleh  rakyat  termiskin,  setelah  UMNO  dan  Barisan  Nasional  gagal
               menguruskan ekonomi negara dengan baik. Ketirisan dan rasuah yang dilakukan oleh

               pemimpin UMNO dan Barisan Nasional kini terpaksa dibayar oleh rakyat melalui GST.


               Pakatan Harapan akan menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari selepas membentuk

               kerajaan  Persekutuan.  Langkah  ini  akan  serta  merta  mengurangkan  bebanan  yang
               ditanggung oleh rakyat.



               Pakatan  Harapan  percaya  bahawa  rakyat  berpendapatan  rendah  perlu  dibantu,
               bukannya ditekan. Penghapusan GST akan mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat

               dan  membolehkan  rakyat  berbelanja  untuk  hal-hal  lain  demi  menampung  kehidupan
               mereka.



               Dalam jangka masa pendek, Kerajaan Pakatan Harapan akan menghapuskan GST yang
               zalim ini dan menggantikannya dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang lebih adil

               dan tidak menyusahkan rakyat dan peniaga.




































                                                           15
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21