Page 38 - Manifesto_PH_BM
P. 38

Janji  12:  Menghadkan  tempoh  perkhidmatan  Perdana  Menteri  dan  menstruktur

               semula Jabatan Perdana Menteri


               Di  bawah  pentadbiran  UMNO  dan  Barisan  Nasional,  Dato’  Sri  Najib  Tun  Razak  telah

               membolot semua kuasa penting sehingga Menteri-Menteri kabinet menjadi seperti pak
               turut sahaja. Pakatan Harapan akan mereformasi peranan kabinet dan Jabatan Perdana

               Menteri secara keseluruhannya supaya sistem pentadbiran kabinet kolektif akan kembali

               diamalkan di Malaysia.


               Tempoh jawatan Perdana Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sahaja. Amalan
               tadbir urus yang baik ini akan juga diterapkan untuk jawatan Menteri Besar dan Ketua

               Menteri.


               Perdana  Menteri  tidak  akan  memegang  jawatan  menteri  lain,  terutamanya  jawatan

               Menteri Kewangan.


               Bilangan Menteri  dan Timbalan  Menteri  di  Jabatan Perdana  Menteri  sekarang  adalah

               terlalu  besar.  Terdapat  10  orang  Menteri  dan  3  orang  Timbalan  Menteri  di  Jabatan
               Perdana Menteri. Ini menimbulkan persoalan apakah peranan mereka sebenarnya.



               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  menurunkan  bilangan  Menteri  di  Jabatan  Perdana
               Menteri  kepada  3  orang  sahaja.  Tanggungjawab  lain  akan  diturunkan  kepada

               kementerian-kementerian yang bersesuaian.


               Peruntukan  kewangan  kepada  Jabatan  Perdana  Menteri  juga  adalah  terlalu  besar,

               sehingga memungkinkan berlakunya pelbagai salah laku di peringkat tertinggi. Dalam

               tahun  pertama  pentadbiran  Pakatan  Harapan,  kami  akan  menurunkan  peruntukan
               Jabatan Perdana Menteri daripada lebih RM17 bilion sekarang kepada kurang daripada

               separuh, iaitu RM8 bilion sahaja.


               Jabatan Perdana Menteri kini juga mempunyai terlalu banyak agensi, sehingga wujud

               pertindanan dengan agensi di bawah kementerian lain, dan menjadikan Perdana Menteri
               seolah olah seorang raja. Kerajaan Pakatan Harapan akan mengurangkan bilangan agensi



                                                           37
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43