Page 37 - Manifesto_PH_BM
P. 37

Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  memberi  galakan  kepada  universiti-universiti  awam

               untuk  memperbanyak  kajian  dan  perkongsian  nasional  dan  antarabangsa  mengenai
               kesultanan Melayu agar sejarah ketamadunan Melayu dapat dikongsi di persada dunia.



               Muzium  Diraja  di  Istana  Negara  lama  akan  dinaik  taraf  menjadi  Muzium  Pendidikan
               Kebangsaan, dan kerjasama akan dijalin dengan universiti awam untuk mengaktifkan

               kegiatan  kajian,  penerbitan  dan  pendidikan,  melalui  seminar  dan  persidangan  secara

               berkala, tentang institusi Raja-Raja Melayu. Kerjasama juga akan dijalin dengan muzium
               diraja  negara-negara  lain  agar  berlaku  percambahan  fikiran  dan  perkongsian  ilmu

               tentang peranan penting institusi beraja dalam semak imbang negara demokrasi.


               UMNO dan Barisan Nasional telah gagal menjaga tanah-tanah rezab Melayu. Kerajaan

               Pakatan  Harapan  akan  memastikan  tanah-tanah  rezab  Melayu  dilindungi  dan  semua
               tanah rezab Melayu yang telah ditukar status diganti semula dengan tanah yang nilainya

               sama atau lebih tinggi.


               Syarikat-syarikat  milik  kerajaan  yang  terpilih  akan  dipersediakan  untuk  dibeli  oleh

               pengurusan  (management  buy  out)  agar  peratus  pemilikan  ekuiti  Melayu  dan
               Bumiputera meningkat.



               Prestasi dan pencapaian agenda memartabatkan maruah bangsa Melayu dan Islam akan
               dibentangkan  dan  dibahaskan  di  Parlimen  setiap  tahun  agar  kerajaan  sentiasa

               bertanggungjawab  kepada  rakyat  keseluruhannya.  Kedudukan  ekonomi  Melayu  akan

               dibentangkan  dalam  ucapan  belanjawan  setiap  tahun  supaya  kerajaan  boleh
               dipertanggungjawabkan secara terbuka.




















                                                           36
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42