Page 14 - Manifesto_PH_BM
P. 14

SEPULUH JANJI SERATUS HARI


               Dalam  100  hari  pertama  pentadbiran  Kerajaan  Pakatan  Harapan,  kami  akan

               melaksanakan 10 perkara yang berikut:

                   1.  Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif
                       peduli rakyat.

                   2.  Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara

                       bersasar
                   3.  Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA

                   4.  Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah
                   5.  Menyamaratakan  gaji  minimum  seluruh  negara  dan  seterusnya  memulakan

                       proses meningkatkan gaji minimum.

                   6.  Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang
                       mendapat  gaji  kurang  dari  RM4000  sebulan  dan  memansuhkan  dasar  senarai

                       hitam ke atas peminjam.
                   7.  Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji,

                       dan merombak semula struktur kepimpinan mereka

                   8.  Menubuhkan  Jawatankuasa  Khas  Kabinet  untuk  segera  menyemak  dan
                       melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963

                   9.  Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk

                       rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.
                   10. Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan

                       kepada negara asing.




























                                                           13
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19