Page 11 - Manifesto_PH_BM
P. 11

FALSAFAH DAN MATLAMAT PENTADBIRAN PAKATAN HARAPAN


               Falsafah  pentadbiran  Pakatan  Harapan  adalah  berdasarkan  falsafah  dan  lunas-lunas

               Perlembagaan  Persekutuan,  Rukunegara,  visi  yang  telah  dibawa  oleh  para  pejuang
               negara, agenda reformasi berterusan, dan idea-idea pembangunan yang progresif dan

               demokratik, sesuai dengan realiti zaman moden dan mendepani cabaran-cabaran akan

               datang.


               Matlamat ini terangkum dalam Maqasid Syari'ah (matlamat Syari’ah yang lebih tinggi)
               buat  memandu  program  pembangunan  negara  yang  akhirnya  memberi  Rahmat  dan

               Keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia. Dalam bingkai pembangunan yang berteraskan

               prinsip-prinsip sejagat yang dihayati dan dibangunkan oleh kepimpinan negara pertama-
               tamanya, dengan tadbir-urus yang baik, inklusif dan progresif, maka harapan dan cita-

               cita untuk menyaksikan sebuah Malaysia Baru mampu dijayakan.


               Lebih  khusus  lagi,  matlamat  Pakatan  Harapan  ialah  untuk  berganding  bahu  dalam

               memacu  agenda  reformasi  berterusan  untuk  membentuk  masa  depan  Malaysia  yang
               lebih baik untuk semua – maju, makmur dan bahagia – yang dicapai menerusi teras-teras

               fundamental  seperti  nilai-nilai  yang  dikongsi  bersama,  budaya  ilmu,  kebebasan,

               kebenaran, keadilan sosial dan ekonomi, maruah, ketamadunan, keamanan, perpaduan,
               kemakmuran, demokrasi, dan meritokrasi.



               Pakatan  Harapan  bertekad  untuk  membina  satu  Bangsa  Malaysia  yang  berasaskan
               semangat, amanah dan solidariti yang berteraskan Wawasan 2020.



               Pakatan  Harapan  mengulangi  ikrar  yang  telah  termaktub  dalam  Perjanjian  Pakatan
               Harapan (9 Januari 2016) iaitu akan:



                    x  Mempertahankan  Perlembagaan  Persekutuan;  Islam  sebagai  agama  bagi
                       Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmonis

                       di negara ini sejajar dengan Perkara 3; serta melindungi kedudukan istimewa





                                                           10
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16