Page 69 - Manifesto_PH_BM
P. 69

Janji 30: Memajukan ekonomi Bumiputera dan semua rakyat berbilang bangsa


               Pakatan Harapan akan memastikan pertumbuhan ekonomi negara berjalan lebih rancak

               agar  warga  Bumiputera  dan  semua  rakyat  Malaysia  mendapat  faedah  yang  saksama.

               Kami  akan  mengekalkan  Malaysia  sebagai  sebuah  negara  yang  ekonominya  terbuka,
               menarik  minat  pelabur  asing  serta  syarikat  gergasi  dunia  untuk  melabur,  dan

               menggalakkan syarikat tempatan melabur ke luar negara.


               Di peringkat dalam negeri, fokus utama kami ialah untuk memajukan industri kecil dan

               sederhana (IKS) kerana sektor ini memberi pekerjaan kepada lebih daripada 65 peratus
               rakyat Malaysia. Visi kami ialah sektor IKS yang boleh bersaing di peringkat ASEAN dan

               juga memainkan peranan aktif dalam rangkaian nilai global (global value chain), serta

               menyumbang dalam Revolusi Industri 4.0.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  memberi  sokongan  berterusan  dalam  semua  aspek
               kepada pengusaha IKS Bumiputera dan juga pengusaha IKS lain yang layak. Mereka yang

               berkebolehan  untuk  berkembang  ke  luar  negara  akan  diberi  bantuan  modal  dan

               teknologi  yang  sewajarnya.  Kepentingan  IKS  akan  sentiasa  dijamin  dalam  semua
               perjanjian perdagangan antarabangsa, bukan menjaga kantung syarikat besar dan kroni

               sahaja.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  memberi  lebih  banyak  penumpuan  kepada

               pembangunan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera agar akan wujud sebuah bangsa

               yang boleh berdikari dan bersaing secara sihat di serata dunia.


               Untuk  memastikan  iltizam  kerajaan  yang  berterusan  dalam  membantu  warga

               Bumiputera, Kerajaan Pakatan Harapan akan mengira secara tuntas dan menerbitkan
               kepada umum jumlah pegangan ekuiti Melayu dan Bumiputera terkini agar ia menjadi

               penanda aras yang tepat dalam usaha mencapai matlamat peningkatan ekuiti Melayu

               dalam  pasaran.  Laporan  ini  akan  dibentangkan  di  Parlimen  dalam  setiap  Ucapan
               Belanjawan Menteri Kewangan.







                                                           68
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74