Page 65 - Manifesto_PH_BM
P. 65

Janji 29: Meningkatkan ketelusan dan integriti belanjawan dan proses belanjawan


               Belanjawan Tahunan negara adalah mekanisme untuk memastikan kerajaan mempunyai

               perancangan yang mapan dalam mentadbir negara. Tetapi UMNO dan Barisan Nasional

               di  bawah  Dato’  Sri  Najib  Tun  Razak  telah  menurunkan  martabat  Ucapan  Belanjawan
               kepada satu pengumuman populis yang menyembunyikan pelbagai perkara.



               Malahan, mereka menubuhkan pelbagai syarikat khas (Special Purpose Vehicles, SPV)
               untuk menyembunyikan perbelanjaan tertentu agar rakyat tidak tahu situasi kewangan

               sebenar negara. Misalnya, projek-projek mega seperti MRT, LRT Extension, LRT Line 3,
               Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Lebuhraya

               Pan Borneo, adalah beberapa contoh perbelanjaan tersembunyi menggunakan nama SPV.

               Apabila  syarikat-syarikat  ini  membuat  pinjaman,  hutang  mereka  ditanggung  oleh
               kerajaan melalui jaminan. Akibatnya jaminan kerajaan atapun tanggungan luar jangka

               (contingent liability) telah naik memuncak hampir tiga kali ganda, iaitu daripada RM 84
               bilion pada tahun 2009 kepada lebih daripada RM200 bilion pada permulaan tahun 2018.



               Di samping itu, UMNO dan Barisan Nasional telah memindahkan perbelanjaan seperti
               pembinaan bangunan sekolah dan kuarters polis kepada syarikat milik kerajaan seperti

               Pembinaan BLT dan Pembinaan PFI. Hutang besar syarikat-syarikat ini disembunyikan

               daripada  pengetahuan  rakyat  kerana  ia  tidak  disebut  secara  telus  dalam  ucapan
               belanjawan.



               Semua ini telah mencipta bom jangka yang boleh membangkrapkan negara jika tidak
               diperbaiki segera.



               Kerajaan Pakatan Harapan akan memperbaiki ketelusan pentadbiran kewangan negara
               dan melaksanakan belanjawan yang lebih bertanggungjawab. Kami akan mengambil kira

               syor  daripada  badan  antarabangsa,  seperti  International  Budget  Partnership  untuk

               menambah baik proses penyediaan Belanjawan Negara.









                                                           64
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70