Page 64 - Manifesto_PH_BM
P. 64

Janji  28:  Membina  generasi  muda  yang  kreatif  dan  bebas  daripada  cengkaman

               kezaliman


               Paranoia  yang dialami oleh UMNO dan Barisan  Nasional menyebabkan mereka tanpa

               segan silu menyalahgunakan pelbagai program semata-mata untuk mempengaruhi anak
               muda dengan propaganda politik sempit.



               Kerajaan Pakatan Harapan akan membubarkan Biro Tata Negara (BTN) yang selama ini
               giat menjadi agen politik murahan UMNO.


               Program  Latihan  Khidmat  Negara  (PLKN)  akan  dibatalkan  kerana  ia  tidak  berjaya

               mencapai objektif yang digariskan dan penuh dengan pembaziran.


               Akta  Universiti  dan  Kolej  Universiti  1971  akan  dimansuhkan  kerana  ia  acap  kali

               disalahguna untuk menyekat kebebasan mahasiswa.















































                                                           63
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69