Page 66 - Manifesto_PH_BM
P. 66

Kementerian  Kewangan  akan  diarahkan  menyediakan  laporan  pertengahan  penggal

               untuk membolehkan ahli-ahli parimen menilai prestasi pengurusan kewangan negara
               secara telus.



               Kami  akan  melaksanakan  sistem  perakaunan  akrual  (accrual  accounting)  supaya
               perbelanjaan kerajaan diatur dengan baik.



               Oleh kerana terlalu banyak maklumat disembunyikan oleh UMNO dan Barisan Nasional,
               maka kerajaan Pakatan Harapan akan menjalankan siasatan forensik yang menyeluruh

               dalam  tahun  pertama  pentadbiran  kami  untuk  mengenal  pasti  kedudukan  sebenar
               kewangan  negara.  Maklumat  ini  akan  dikongsi  dengan  rakyat  dan  pertubuhan-

               pertubuhan bukan kerajaan.


               Untuk memastikan pelbagai pihak, terutamanya badan-badan bukan kerajaan, mampu

               memainkan peranan untuk menyemak imbang kerajaan Pakatan Harapan, maka Jabatan
               Statistik Negara akan diarah untuk menerbitkan data-data penting tentang ekonomi dan

               sosial  secara berkala, dalam format  yang mudah dianalisa dan mudah diakses. Untuk

               memastikan rakyat meyakini integriti dan kesahihan data yang diterbitkan, maka satu
               panel pakar yang dianggotai oleh individu-individu yang dihormati akan dibentuk untuk

               menasihati Jabatan Statistik Negara. Semua ini akan memastikan bahawa rakyat secara

               keseluruhannya boleh memastikan kami sentiasa telus dan bertanggungjawab.






























                                                           65
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71