Page 73 - Manifesto_PH_BM
P. 73

Perniagaan  yang  memerlukan  bantuan  untuk  memperbaiki  teknologi  dan  inovasinya
               akan  disokong,  termasuklah  dengan  cara  memastikan  polisi  pelaburan  kita  akan

               menggalakkan kemasukan teknologi terkini ke dalam negara.


               Pakatan Harapan meyakini bahawa golongan wanita boleh memberi sumbangan penting

               dalam  pertumbuhan  ekonomi  negara.  Maka,  Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan

               memastikan  bahawa  wanita  boleh  mencapai  kemuncak  kerjayanya  tanpa  halangan,
               termasuklah dengan cara menggalakkan pengamalan waktu kerja fleksibel untuk ibu-ibu

               yang perlu menjaga anak mereka dan juga memberi insentif kepada syarikat-syarikat
               yang menjaga kebajikan pekerja wanita mereka.



                Pakatan Harapan sedar bahawa salah satu kelemahan tenaga kerja kita ialah kegagalan
               menguasai Bahasa Inggeris. Hasil kelemahan UMNO dan Barisan Nasional, prestasi para

               pelajar kita dalam ujian PISA (Programme for International Student Assesment) tidak
               memberangsangkan  berbanding  negara-negara  seperti  Vietnam  sekalipun.  Kerajaan

               Pakatan  Harapan  akan  memperbetulkan  kegagalan  ini  dengan  segera.  Kami  akan

               mengurangkan bebanan tugas pentadbiran guru-guru supaya mereka mempunyai lebih
               banyak masa untuk mengajar murid-murid secara terus. Hasil daripada penambahbaikan

               sistem pendidikan, kami yakin para pelabur akan lebih yakin untuk membuat pelaburan

               berkualiti lebih tinggi dalam negara kita.
































                                                           72
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78