Page 67 - Manifesto_PH_BM
P. 67

TERAS 3: MERANCAK PERTUMBUHAN EKONOMI YANG ADIL DAN SAKSAMA


               Malaysia pernah menikmati pertumbuhan ekonomi sehingga 8-9 peratus setahun tetapi

               kini kadar pertumbuhan itu telah turun. Lebih buruk lagi, jurang ketidaksamarataan juga

               semakin buruk, dengan golongan kaya bertambah kaya tetapi rakyat biasa menghadapi
               kesukaran.  Golongan  20  peratus  teratas  boleh  hidup  dengan  selesa,  tetapi,  golongan

               pekerja, rakyat marhaen dan mereka yang berada dalam kelompok B40 tidak mengecapi

               nikmat yang sama.


               Walaupun  negara  semakin  membangun,  tetapi  hanya  golongan  tertentu  sahaja  yang
               merasai faedahnya. Malahan ada pemimpin tertinggi negara yang memiliki kemewahan

               di luar jangkaan dan jauh berbeza daripada realiti yang dihadapi oleh rakyat biasa.


               Situasi  ini  perlu  diperbetulkan.  Ketidaksamarataan  yang  keterlaluan  boleh  membawa

               kepada  kepincangan  hubungan  antara  sesama  rakyat  dan  menjejaskan  keharmonian.
               Pada waktu yang sama, pembangunan negara juga mestilah berjalan secara mapan demi

               memastikan  kita  boleh  mewariskan  alam  sekitar  yang  terjaga  kepada  generasi  akan

               datang.


               Pakatan  Harapan  akan  mereformasi  struktur  ekonomi  negara  agar  keyakinan  dan

               kredibiliti  akan  dapat  dikembalikan,  serta  seluruh  rakyat  beroleh  faedah  daripada
               pembangunan. Cara terbaik untuk merangsang ekonomi ialah dengan mengembalikan

               wang rakyat ke dalam poket rakyat sendiri, bukan ke dalam poket golongan kroni atau

               golongan terkaya sahaja. Rakyat yang mempunyai wang sendiri akan berbelanja untuk
               menampung dan memperbaiki kehidupan masing-masing, lantas menyumbang secara

               signifikan kepada pertumbuhan ekonomi domestik, mencipta peluang pekerjaan baru

               dan menarik lebih banyak pelaburan. Inilah bentuk pertumbuhan ekonomi yang akan
               benar-benar memberi manfaat kepada rakyat terbanyak.



               Pakatan  Harapan  berpegang  pada  prinsip  bahawa  taraf  kehidupan  rakyat  perlu
               dipertingkatkan dan kekayaan negara mestilah dikongsi secara adil dan saksama demi

               menurunkan  kadar  ketidaksamarataan  dalam  negara.  Ini  akan  memastikan  rakyat





                                                           66
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72