Page 74 - Manifesto_PH_BM
P. 74

Janji 32: Memperkenalkan sistem percukaian mesra rakyat dan mesra usahawan


               Percukaian adalah salah satu mekanisme untuk membolehkan kerajaan melaksanakan

               program  pembangunan  dan  kebajikan  untuk  rakyat.  Adalah  penting  agar  dasar

               percukaian  negara  boleh  menyumbang  ke  arah  pembangunan  ekonomi  yang  lebih
               mapan,  menggalakkan  pelaburan,  serta  pada  waktu  yang  sama  tidak  membebankan

               golongan berpendapatan rendah.


               Pakatan  Harapan  akan  menamatkan  tindakan  UMNO  dan  Barisan  Nasional  yang

               memperguna  cukai  untuk  memeras  rakyat,  semata-mata  kerana  mereka  boros,
               berhutang dengan banyak dan gagal mentadbir kewangan negara dengan amanah.



               Pakatan  Harapan  akan  mengkaji  semula  sistem  percukaian  negara  secara  holistik,
               dengan matlamat menjadikan kadar cukai pendapatan, cukai korporat dan cukai-cukai

               lain, kompetitif berbanding negara-negara ASEAN yang lain. Matlamat kami ialah agar
               kekayaan negara dikongsi secara adil, bukannya dibolot oleh orang tertentu dengan isteri

               dan anak anak mereka sahaja.


               Kadar  cukai  syarikat  dan  cukai  pendapatan  untuk  peniaga  kecil-kecilan  dan  pekerja

               sambilan akan dikaji semula dengan matlamat  mengurangkan bebanan mereka. Kami

               akan memberi tumpuan kepada para peniaga kecil dan sederhana, kerana sektor IKS
               menyumbang  kepada  hampir  40  peratus  daripada  KDNK,  dan  97  peratus  daripada

               syarikat  Malaysia  adalah  daripada  kategori  ini.  Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan

               membantu  majoriti  rakyat  Malaysia  menambah  pendapatan  dan  memperluas
               perniagaannya  dengan  mewujudkan  sistem  cukai  korporat  yang  mesra  IKS,  mesra

               peniaga  atas  talian  (online  business)  dan  mesra  pekerja  sambilan  dan  mereka  yang

               bekerja dalam sektor ekonomi perkongsian (sharing economy).


               Kadar  cukai  pendapatan  peribadi  juga  akan  dikaji  semula  supaya  bebanan  terhadap

               golongan  40  peratus  pertengahan  (M40)  dapat  dikurangkan.  Manakala  golongan  40
               peratus terbawah (B40) memang secara umumnya tidak membayar cukai pendapatan.







                                                           73
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79