Page 72 - Manifesto_PH_BM
P. 72

Kapasiti mereka sebagai secretariat PEMUDAH akan diperkukuh agar keberkesanannya

               boleh dipertingkatkan. Peruntukan juga akan diberikan agar mereka boleh menjalankan
               kajian segera untuk mengenalpasti peraturan-peraturan yang diperkenalkan oleh UMNO

               dan  Barisan  Nasional  yang  membelenggu  produktiviti  dengan  tujuan  agar  peraturan

               berkenaan dimansuhkan.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan merangsang pertumbuhan sektor ekonomi baru (new

               economy),  ekonomi  perkongsian  (sharing  economy),  sektor  penyelidikan  dan
               pembangunan  (research  and  development),  serta  memperkukuh  perlindungan  harta

               intelek agar syarikat-syarikat boleh melabur dalam aktiviti inovasi dengan lebih rancak.


               Pakatan  Harapan  berkeyakinan  bahawa  negara  kita  telah  tiba  ke  tahap  yang  mana

               pembangunan seterusnya hanya boleh dicapai jika kita meningkatkan produktiviti dan
               bukan dengan hanya menarik pelaburan semata-mata. Hakikatnya, produktiviti Malaysia

               telah  menjadi  lebih  rendah  akibat  kelemahan  Najib,  yang  mana  Produktiviti  Faktor
               Keseluruhan  (Total  Productivity  Factor)  secara  purata  hanyalah  1.8  peratus  sahaja,

               berbanding sekitar 2.2 peratus di Hong Kong, Korea Selatan dan Singapura.


               Maka  Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  memastikan  tumpuan  kami  ialah  untuk

               mengkoordinasi  reformasi  struktur  ekonomi  untuk  memastikan  produktiviti  kita

               menjadi  lebih  baik  daripada  apa  yang  dicapai  oleh  UMNO  dan  Barisan  Nasional  kini.
               Penambahbaikan sistem pendidikan dan latihan kemahiran, menggalakkan inovasi dan

               pengkomersialan harta intelek, membantu syarikat-syarikat menggunapakai teknologi,

               automasi  dan  sistem  IT  terkini  akan  dilakukan  secara  tersusun.  Selain  itu,  Kerajaan
               Pakatan Harapan juga akan memastikan kerangka dasar persaingan negara adalah yang

               terbaik, beserta dasar tenaga buruh yang memastikan keuntungan dikongsi secara adil.

               Kerangka  peraturan  untuk  IKS  dan  syarikat-syarikat  lain  juga  akan  dipermudahkan
               supaya kos menjalankan perniagaan dapat diturunkan.



               Kerajaan Pakatan Harapan juga akan memastikan penyelarasan antara dasar hubungan
               antarabangsa  negara  dengan  dasar  pembangunan  industri,  agar  Malaysia  boleh

               menggunakan  diplomasi  ekonomi  dalam  membantu  para  usahawan  kita  berjaya  di
               peringkat serantau dan antarabangsa.



                                                           71
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77