Page 8 - Manifesto_PH_BM
P. 8

SITUASI NEGARA DI BAWAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL SEKARANG


               Negara kita hari ini telah tersasar jauh dari wawasan awal negara seperti yang dilafazkan

               oleh  Almarhum  Tunku  Abdul  Rahman  dalam  Pemasyhuran  Kemerdekaan  1957  dan

               diikuti dengan penubuhan Malaysia 1963, iaitu untuk menjadi sebuah negara berdaulat
               yang berteraskan prinsip kebebasan dan keadilan.



               Hari  ini,  kedaulatan  negara  digadai  oleh  para  pemimpin  korup  yang  mementingkan
               kekayaan  sendiri.  Mereka  melakukan  apa  sahaja  untuk  kekal  dalam  jawatan,  kerana

               mereka takut akan dibawa ke muka pengadilan sekiranya mereka hilang kuasa. Mereka
               tidak peduli apabila pihak berkuasa pelbagai negara menyiasat salah laku mereka dan

               ahli keluarga mereka. Mereka memandang remeh apabila Malaysia menjadi bahan lawak

               jenaka oleh media dan penganalisis antarabangsa. Dunia pernah mengagumi Malaysia
               semasa era para pemimpin terdahulu. Tetapi kekaguman itu telah ranap akibat sikap

               para pemimpin sekarang. Kini, nama Malaysia sering timbul hanya apabila media dunia
               melaporkan  tentang  salahguna  kuasa  dan  kleptokrasi,  terutamanya  dalam  kes  global

               seperti 1MDB.


               Rakyat kini dibelenggu oleh kenaikan kos sara hidup sedangkan pemimpin politik, isteri

               dan anak-pinak mereka hidup senang lenang, bercuti mewah di luar negara.


               Rakyat dipaksa membayar cukai yang regresif seperti GST, hanya untuk wang tersebut

               digunakan untuk membiayai kemewahan para pemimpin yang terbang dalam jet mewah

               ke serata dunia.


               Rakyat ditakut-takutkan dengan retorik perkauman sempit sehingga wujud kesangsian

               antara  sesama  kita,  hanya  untuk  memastikan  pemimpin  politik  perkauman  sempit
               membolot kuasa setelah mereka memecahbelahkan kita.



               Institusi-institusi  penting  negara  tidak  lagi  bebas  untuk  menjalankan  tanggungjawab
               semak imbangnya.







                                                            7
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13