Page 99 - Manifesto_PH_BM
P. 99

Janji 46: Mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Sabah


               Rakyat Sabah terpaksa berhadapan dengan risiko keselamatan untuk sekian lama kerana

               UMNO dan Barisan Nasional gagal teruk dalam menjaga sempadan negeri. Sehingga hari

               ini  rakyat  Sabah  masih  menghadapi  ancaman  kuasa  asing,  termasuk  kesan  daripada
               pemberian kad pengenalan dengan cara yang diragui kepada pendatang asing tanpa izin.



               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  menubuhkan  satu  Suruhanjaya  Kebenaran  dan
               Rekonsiliasi untuk mencari penyelesaian adil terhadap isu pemberian kad pengenalan

               kepada pendatang asing tanpa izin, yang seterusnya akan memastikan daftar pemilih di
               Sabah dapat dibersihkan. Mandat Suruhanjaya ini akan ditentukan secara bersama oleh

               Kerajaan  Pusat  dan  Kerajaan  Sabah,  tetapi  Pengerusi  Suruhanjaya  ini  ialah  seorang

               rakyat Sabah yang layak dan berintegriti tinggi. Suruhanjaya ini juga akan diberi mandat
               mencadangkan tindakan susulan yang sesuai.


               Kekuatan pasukan keselamatan yang menjaga sempadan Sabah akan diperkukuhkan.













































                                                           98
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104