Page 97 - Manifesto_PH_BM
P. 97

Dalam  urusan  perkhidmatan  kesihatan,  semua  hospital  awam  akan  dinaik  taraf  agar

               boleh  merawat  lebih  ramai  pesakit,  dan  hospital-hospital  terpilih  akan  dilengkapkan
               dengan  peralatan  terkini  untuk  rawatan  kardiovaskular  dan  barah.  Sistem  perolehan

               ubat-ubatan dan peralatan juga akan dipastikan lebih kompetitif agar harga termurah

               akan dibayar untuk ubat dan peralatan yang berkualiti tinggi.


               Syarikat-syarikat  milik  kerajaan  akan  diminta  untuk  menyumbang  dalam

               penambahbaikan  premis  dan  infrastruktur  pendidikan  dan  kesihatan,  termasuklah
               memperbaiki sekolah-sekolah dan klinik-klinik kesihatan. Dana khas kerajaan juga akan

               digunakan untuk tujuan ini.


               Skim Insuran Peduli Sihat  yang berjaya dikendalikan oleh Kerajaan  Pakatan Harapan

               Negeri  Selangor  akan  dikaji  untuk  dilaksanakan  di  Sabah  dan  Sarawak,  dengan
               keutamaan diberikan kepada penduduk luar bandar dan Kawasan pedalaman.



















































                                                           96
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102