Page 103 - Manifesto_PH_BM
P. 103

Janji  49:  Menjadikan  sekolah-sekolah  kerajaan  sebagai  sekolah  pilihan  terbaik

               untuk rakyat


               Pendidikan berkualiti tinggi adalah kunci untuk membolehkan setiap daripada kita terus

               mara  ke  hadapan  dalam  sebuah  masyarakat  yang  inklusif  dan  saksama.  Kewujudan
               sekolah-sekolah berkualiti, baik dari aliran kebangsaan, aliran agama, mahupun sekolah-

               sekolah  vernakular,  akan  membolehkan  setiap  seorang  daripada  anak-anak  kita

               mendapatkan  pendidikan  yang  baik  agar  mereka  dapat  mencapai  potensi  penuh
               kehidupan kelak.


               Pakatan  Harapan  berkeyakinan  bahawa  sistem  persekolahan  yang  baik  adalah

               tanggungjawab penting kerajaan untuk rakyat. Maka untuk itu, profesion perguruan dan

               pendidikan wajib dijadikan profesion yang dihormati, dan tugasan mereka perlu diberi
               sokongan yang diperlukan.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan bantuan kerajaan lebih difokuskan kepada

               golongan  yang  memerlukan,  terutama  golonagn  B40  dan  M40.  Kuota  kemasukan  ke

               sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) akan memberi
               kelebihan  kepada  golongan  berpendapatan  rendah  dan  sederhana,  terutama  mereka

               daripada luar bandar dan FELDA.


               Taraf  pengangkutan  ke  sekolah-sekolah  akan  diperbaiki,  terutamanya  dengan

               memperbaiki kualiti jalan-jalan kampung dan memastikan keselamatan bas-bas sekolah.


               Insentif yang sesuai akan diberikan supaya lebih banyak sektor swasta melibatkan diri

               dalam membantu memperbaiki sekolah-sekolah kerajaan melalui program usahasama

               antara  kerajaan  dan  sektor  swasta  (public-private  partnership)  dan  melalui
               tanggungjawab sosial korporat (CSR).



               Kami akan memperbaiki program Sekolah Amanah yang kini berjalan dengan cara yang
               tidak  optimum.  Model  Sekolah  Amanah  kini  menaikkan  kos  pendidikan  kerana  dana

               tambahan terpaksa dipungut daripada pelbagai pihak. Ini adalah bertentangan dengan





                                                           102
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108