Page 100 - Manifesto_PH_BM
P. 100

Janji 47: Desentralisasi kuasa kepada Sabah dan Sarawak


               Kerajaan Pakatan Harapan akan mendesentralisasikan sistem pentadbiran fiskal negara

               secara berperingkat agar akhirnya sehingga 50 peratus daripada hasil cukai yang dikutip

               di Sabah dan Sarawak akan dibelanjakan di Sabah dan Sarawak itu sendiri.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  mengembalikan  kuasa  untuk  membuat  dasar-dasar

               berkaitan  perdagangan  dan  komersil  kepada  Sabah  dan  Sarawak,  dalam  konteks
               Malaysia yang berpegang dengan falsafah ekonomi  terbuka  dan untuk meraih faedah

               daripada  perdagangan  serantau  dan  antarabangsa.  Ini  termasuklah  dalam  aspek
               merekrut pekerja asing.



               Mandat akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak sendiri untuk merangka program-
               program menghapuskan, dengan seberapa segara halangan-halangan perdagangan dan

               semua tarif yang membantutkan pembangunan ekonomi negeri dan menghalang rakyat
               daripada  memanfaatkan  keterbukaan  ekonomi  negara  kita  secara  keseluruhan.  Ini

               termasuklah dalam dasar penganglutan awam, dasar kabotaj, dasar langit terbuka dan

               dasar pelaburan.


               Keutamaan  akan  diberikan  kepada  kerajaan  Sabah  dan  Sarawak  untuk  kembali

               menguasai  syarikat-syarikat  milik  kerajaan  yang  strategik,  seperti  syarikat  air  dan
               elektrik yang menjalankan perbekalan.



               Sabah dan Sarawak mempunyai sistem undang-undang dan mahkamah adat yang unik.
               Kerajaan Pakatan Harapan akan memperkasa sistem ini, bermula dengan menubuhkan

               satu  Jawatankuasa  Pakar  untuk  mengkaji  penambahbaikan  yang  perlu  dilaksanakan

               terhadap  Mahkamah  Anak  Negeri  Sabah  dan  Mahkamah  Bumiputera  Sarawak,  serta
               untuk memperkemas pengurusan hak adat Pribumi.



               Hak  pemilikan  tanah  adat  akan  diperakui  dan  proses  pendaftar  hak  pemilikan  akan
               diperkemas  dengan  segera.  Konflik  hak  Orang  Asal  terhadap  tanah  mereka  akan

               diselesaikan melalui penubuhan Tribunal Khas Tanah Adat yang dianggotai oleh mereka
               yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang ini.



                                                           99
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105