Page 102 - Manifesto_PH_BM
P. 102

TERAS  5:  MEMBINA  MALAYSIA  YANG  INKLUSIF,  MODERAT  DAN  GEMILANG  DI

               PERSADA DUNIA


               Cita-cita rakyat ialah ingin menikmati kehidupan yang inklusif, harmoni, maju, makmur,

               adil  dan  saksama,  serta  bebas  daripada  diskriminasi.  Kepelbagaian  kaum  dan  agama
               harus  dilihat  sebagai  satu  sumber  kekuatan  yang  menyegarkan,  bukannya  sebagai

               kelemahan  yang  menyukarkan.  Tetapi,  selama  ini,  UMNO  dan  Barisan  Nasional

               memainkan isu perkauman  dan agama, melaga-lagakan  antara  satu  kaum  dan  agama
               dengan yang lain, demi kepentingan politik jangka pendek.


               Dari sudut yang lain, khususnya politik, percaturan politik Malaysia selama  di bawah

               pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional ialah berdasarkan model politik yang digelar

               ‘consociationalism’  yang  ditentukan  para  elit  politik  mewakili  kaum  yang  terlibat.  Ia
               adalah politik perkauman yang sentiasa memerlukan masyarakat dibahagikan mengikut

               kaum untuk memastikan elit politik itu berkuasa. Apabila politik perkauman ini ditambah
               dengan politik agama, kesannya kepada keharmonian negara menjadi semakin parah.



               Pakatan  Harapan  akan  membangunkan  dasar-dasar  dan  program-program  yang
               membawa negara ini menjadi sebuah negara inklusif yang bersatu padu, dan menjaga

               keharmonian  hidup  rakyat  pelbagai  kaum  dan  agama.  Kami  yakin  bahawa  ini  akan

               membolehkan Malaysia menjadi model seantero dunia.



























                                                           101
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107