Page 95 - Manifesto_PH_BM
P. 95

Janji 43: Menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai model masyarakat harmoni


               Pada masa Malaysia pemimpin Barisan Nasional menggunakan taktik memecahbelahkan

               masyarakat mengikut agama dan kaum untuk memastikan kemenangan mereka, rakyat

               Sabah dan Sarawak boleh berbangga dengan keharmonian yang wujud sesama mereka.
               Hakikatnya, Sabah dan Sarawak boleh menjadi model bagaimana masyarakat pelbagai

               kaum dan agama boleh hidup harmoni dalam kerangka Islam sebagai agama Persekutuan

               seperti termaktub dalam Perlembagaan.


               Kerajaan Pakatan Harapan menjamin keutuhan hubungan antara kaum dan agama di
               Sabah dan Sarawak serta di seluruh negara.



               Lebih dari itu, Kerajaan Pakatan Harapan akan mengangkat martabat Sabah dan Sarawak
               sebagai  model  keharmonian  masyarakat  majmuk  agar  seluruh  rakyat  Malaysia  dapat

               mencontohi sikap wasatiyah yang diamalkan secara semulajadi.


               Universiti-universiti awam serta sekolah-sekolah menengah akan diberi insentif untuk

               melakukan  aktiviti  pertukaran  pelajar  serta  lawatan  sambal  belajar  antara  Sabah,
               Sarawak  dan  Semenanjung  untuk  menggalakkan  lebih  banyak  interaksi  dan  saling

               perkenalan.  Kegiatan  sukan  juga  akan  digunakan  untuk  menjadi  tali  penyambung

               silaturrahim antara sesama warga Malaysia.






























                                                           94
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100