Page 78 - Manifesto_PH_BM
P. 78

Janji  35:  Menaikkan  martabat  golongan  pekerja  dan  mewujudkan  lebih  banyak

               pekerjaan berkualiti


               Rakyat Malaysia adalah antara yang paling terpelajar dan rajin di rantau Asia. Tetapi, di

               bawah pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional, para pekerja kita dipandang remeh,
               malah ditindas. UMNO dan Barisan Nasional hanya memihak kepada syarikat-syarikat

               korporat besar.


               Pada waktu yang sama, UMNO dan Barisan Nasional juga mahu membawa masuk 1 juta

               lagi pekerja asing Bangladesh, walaupun ini hanya akan melonjakkan bilangan pekerja
               asing dan merencatkan kenaikan gaji pekerja tempatan. Akibatnya, gaji pekerja tempatan

               tidak lagi mampu menampung kehidupan seharian.


               Anak-anak muda lepasan persekolahan, kolej dan universiti semakin sukar mendapat

               pekerjaan  yang  berkualiti.  Mereka  terpaksa  bekerja  sebagai  pekerja  sementara  atau
               pekerja kontrak yang tidak terjamin. UMNO dan Barisan Nasional pula mahukan mereka

               menjadi penjual nasi lemak sahaja. Kini, ramai anak muda menerima gaji  pada tahap

               kemiskinan. Graduan universiti pula mendapat gaji permulaan sekitar RM2,000 sahaja,
               iaitu sama seperti graduan tahun 1998.



               Pakatan Harapan memahami masalah anak muda dan pekerja Malaysia.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan memperkukuh hak para pekerja menubuhkan kesatuan

               sekerja dan memilih kesatuan sekerja di tempat kerja masing-masing. Para pekerja perlu
               diberi hak untuk menubuhkan kesatuan sekerja, dan kebebasan mereka untuk menyertai

               secara sukarela sesebuah kesatuan akan dipertahankan. Hak untuk berunding dengan

               majikan secara berkumpulan (collective bargaining) akan dilindungi dan diperluaskan.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  memastikan  kualiti  perlindungan  hak  pekerja  di

               Malaysia setara dengan  piawaian antarabangsa, termasuklah konvensyen-konvensyen
               yang  digariskan  oleh  Pertubuhan  Buruh  Antarabangsa  (International  Labour

               Organisation).




                                                           77
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83