Page 75 - Manifesto_PH_BM
P. 75

Janji 33: Menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama


               Salah satu janji dasar yang dicadangkan dalam versi pertama Model Baru Ekonomi pada

               tahun 2010 adalah penubuhan Suruhanjaya Peluang Saksama. Tujuan Suruhanjaya ini

               adalah untuk menangani amalan  pengambilan  pekerja  yang bersifat diskriminasi dan
               tidak  adil  di  sektor  awam  dan  juga  sektor  swasta.  Tujuan  dasar  ini  adalah  untuk

               meningkatkan  daya  saing  ekonomi  domestik.  Malangnya,  cadangan  ini  dikeluarkan

               dalam versi akhir Model Baru Ekonomi, dan ini dikritik oleh mereka yang menulis Model
               Baru Ekonomi itu sendiri.


               Kami menyedari bahawa amalan pengambilan pekerja yang tidak adil dan diskriminasi

               wujud  dalam  banyak  sektor  ekonomi.  Kajian-kajian  oleh  ahli  akademik  telah

               mendedahkan wujudnya diskriminasi dalam pengambilan pekerja di sektor swasta. Pada
               masa  yang  sama,  terdapat  juga  aduan  mengenai  amalan  ketidakadilan  terhadap

               pengambilan pekerja di sektor awam.


               Penubuhan sebuah Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama (EEOC), yang akan diwakili

               oleh  individu  yang  dihormati  dari  sektor  swasta  dan  awam,  bertujuan  untuk
               menghapuskan amalan pengambilan pekerja yang tidak adil dan diskriminasi ini. Dengan

               berbuat demikian, kami akan mewujudkan tenaga kerja di sektor awam dan swasta yang

               lebih pelbagai, lebih berdaya tahan, lebih inovatif dan lebih responsif terhadap pola dan
               permintaan pasaran serta keperluan warganegara Malaysia.































                                                           74
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80