Page 79 - Manifesto_PH_BM
P. 79

Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  memberi  fokus  untuk  mewujudkan  1  juta  pekerjaan

               berkualiti untuk memastikan wujud mobiliti sosial yang membolehkan lebih ramai warga
               kita menjadi golongan kelas menengah. Kami juga akan merancakkan pelaburan dalam

               sektor teknologi STEM demi menjamin masa depan negara dalam persaingan dunia.


               Untuk memastikan gaji rakyat meningkat, Kerajaan Pakatan Harapan akan menaikkan

               gaji  minimum  ke  RM1,500,  dan  pada  masa  yang  sama,  memperkenalkan  dasar  dan

               peraturan agar pekerja tempatan diutamakan oleh majikan. Bilangan pekerja asing akan
               dikurangkan  secara  berperingkat  dan  Menteri  kami  akan  dilarang  memberi  surat

               sokongan untuk mengambil pekerja asing.


               Demi  menyiap-siagakan  pekerja  Malaysia  menghadapi  cabaran  Revolusi  Industri  4.0,

               mereka  yang  menganggur  akan  diberi  latihan  semula  secara  percuma,  dalam  sektor-
               sektor baru, terutamanya sektor teknologi.


               Menyedari  bahawa  Malaysia  sedang  menjadi  tuan  rumah  kepada  lebih  dari  150,000

               orang  pelarian,  termasuk  dari  Rohingya  dan  Syria,  Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan

               mengabsahkan  status  mereka  yang  mempunyai  kad  UNHCR  sebagai  pelarian  dan
               memberi  kebenaran  untuk  mereka  bekerja.  Hak  mereka  sebagai  pekerja  juga  akan

               dilindungi secara saksama dengan para pekerja lain. Ini akan mengurangkan keperluan

               negara kepada pekerja asing, mengurangkan risiko golongan pelarian terlibat dengan
               kegiatan jenayah dan ekonomi bawah tanah, serta membantu golongan pelarian untuk

               membina kehidupan baru tanpa penindasan.


               Untuk membolehkan ibu bapa terus bekerja dengan hati yang tenang, Kerajaan Pakatan

               Harapan akan memastikan perkhidmatan penjagaan anak disediakan bagi anak berumur

               sehingga  12  tahun.  Perkhidmatan  ini  akan  diberi  subsidi  di  semua  Jabatan  kerajaan.
               Syarikat swasta pula akan diberi insentif untuk menyediakan perkhidmatan yang sama.



               Untuk  membolehkan  syarikat  IKS  menjaga  kebajikan  pekerjanya,  Kerajaan  Pakatan
               Harapan akan mengkoordinasi agar perkhidmatan jagaan anak boleh disediakan dengan

               menggabungkan pekerja daripada beberapa syarikat di tempat yang sama, termasuklah





                                                           78
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84