Page 62 - Manifesto_PH_BM
P. 62

Janji 27: Menghapuskan undang-undang yang zalim


               Sistem perundangan negara kita telah kerap kali disalah guna oleh pemimpin UMNO dan

               Barisan  Nasional  untuk  menjaga  kepentingan  politik  mereka.  Ada  di  antara  undang-

               undang  ini  yang  diwarisi  sejak  zaman  penjajah  British  lagi,  tanpa  dipinda  untuk
               menjadikannya lebih adil untuk rakyat sebuah negara merdeka. Ada juga undang-undang

               zalim yang diperkenalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional sendiri.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan memansuhkan undang-undang berikut:

                    x  Akta Hasutan 1948

                    x  Akta Pencegahan Jenayah 1959
                    x  Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

                    x  Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

                    x  Akta Majlis Keselamatan Negara 2016
                    x  Hukuman gantung mandatori dalam semua akta



               Kerajaan Pakatan Harapan juga akan memansuhkan peruntukan-peruntukan yang zalim
               dalam akta-akta berikut:

                   x  Kanun  Keseksaan  1997  terutama  dalam  isu  perhimpunan  aman  dan  kegiatan

                       memudaratkan demokrasi
                   x  Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

                   x  Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)

                   x  Akta Perhimpunan Aman 2012

                   x  Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA)


               Untuk memastikan semak imbang yang efektif boleh berlaku, Kerajaan Pakatan Harapan
               juga  akan  menghapuskan  semua  peruntukan  dalam  semua  undang-undang  yang

               menghalang pihak mahkamah menyemak keputusan-keputusan kerajaan atau undang-

               undang yang diperkenalkan oleh kerajaan.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  memastikan  media  mempunyai  kebebasan  untuk

               menjalankan proses semak imbang terhadap pentadbiran kami. Kami akan menyemak
               semua  undang-undang  dan  peraturan  yang  berkaitan  dengan  media  agar  kebebasan


                                                           61
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67