Page 60 - Manifesto_PH_BM
P. 60

Janji 25: Memperkukuh peranan dan kuasa pihak berkuasa tempatan


               Pihak  Berkuasa  Tempatan  (PBT)  termasuk  Majlis-Majlis  Perbandaran,  adalah  pihak

               berkuasa yang paling dekat dengan rakyat. Peranan PBT berpotensi dikembangkan agar

               rakyat mendapat perkhidmatan terbaik dengan lebih pantas.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  memastikan  PBT  seluruh  negara  boleh  mencapai

               piawaian  perkhidmatan  antarabangsa  dalam  menjalankan  tanggungjawab  mereka.
               Agenda global seperti Sustainable Development Goals 2030 akan dijadikan teras dalam

               penambahbaikan PBT seluruh negara.


               Pakatan Harapan komited untuk memperkukuhkan demokrasi setempat. Akauntabiliti

               PBT  kepada  masyarakat  setempat  akan  dipertingkatkan  agar  mereka  menjadi  lebih
               bertanggungjawab kepada penduduk setempat dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan

               dipinda untuk memastikan hasrat ini tercapai. Pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil
               setempat akan diberi tempat untuk menyuarakan pandangan mereka secara terus dalam

               PBT.













































                                                           59
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65