Page 57 - Manifesto_PH_BM
P. 57

Janji 23: Memastikan sistem perolehan kerajaan menjana faedah maksimum untuk

               wang rakyat


               Jumlah yang dibelanjakan oleh Kerajaan Malaysia untuk perolehan adalah amat besar,

               iaitu dianggarkan melebihi RM100 bilion setahun melalui pelbagai projek dan kontrak.
               Dengan jumlah yang sebegitu besar, adalah amat penting untuk dipastikan supaya tidak

               berlaku  pembaziran.  Kerajaan  hanya  memegang  amanah  wang  rakyat,  dan  menjadi

               kewajipan kerajaan untuk sentiasa memastikan wang ini dibelanjakan dengan berhemah.


               Untuk memastikan setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan baik, Kerajaan Pakatan
               Harapan  akan  mereformasi  sistem  perolehan  dan  pemberian  kontrak  kerajaan,  demi

               memastikan ia lebih berdaya saing dan menjana nilai yang terbaik untuk wang rakyat.

               Kami  akan  memastikan  sistem  tender  terbuka  digunakan  dengan  meluas  dan  telus,
               terutamanya untuk projek-projek besar.


               Di  bawah  Kerajaan  Pakatan  Harapan,  Kementerian  Kewangan  akan  diarahkan  untuk

               menyemak  semula  semua  projek  infrastruktur  gergasi  dengan  negara  asing  agar

               faedahnya dapat dikongsi oleh kaum Pribumi dan rakyat Malaysia secara saksama.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan menyemak semula amalan sistem perolehan dan tender

               kerajaan,  serta  proses  perkongsian  awam-swasta  yang  ditadbir  oleh  Unit  Kerjasama
               Awam Swasta (UKAS). Matlamatnya ialah memastikan kriteria bidaan adalah telus dan

               konsisten.


               UKAS yang kini beroperasi secara tidak telus di bawah Jabatan Perdana Menteri akan

               dipindahkan ke Kementerian Kewangan dan semua prosedur pemberian kontrak akan

               dirombak untuk mengimbangkan kuasa Menteri dan menghapuskan rasuah.


               Penggunaan  teknologi  maklumat  dan  sistem  atas  talian  akan  diperkembangkan  agar

               pengaruh individu dan politik dalam membuat keputusan dapat dihapuskan.


               Maklumat  tentang  kontrak  yang  telah  dipersetujui  akan  dipaparkan  dalam  laman
               sesawang agar ia boleh disemak oleh rakyat dan masyarakat sivil. Amalan terbaik yang



                                                           56
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62