Page 55 - Manifesto_PH_BM
P. 55

Janji  22:  Menjadikan  pentadbiran  semua  syarikat  milik  kerajaan  (GLC)  setaraf

               dengan piawaian antarabangsa


               Syarikat-syarikat  milik  kerajaan  (GLC)  memainkan  peranan  yang  amat  besar  dalam

               memperkembang ekonomi negara kita, baik di peringkat pusat, mahupun negeri. Ada
               GLC yang berfungsi dengan baik, terutamanya syarikat-syarikat yang termasuk dalam

               kumpulan “G20”, iaitu kumpulan 20 GLC yang berprestasi tinggi. Tetapi, masih terlalu

               banyak  ketempangan  yang  wujud.  Skandal  1MDB  dan  FELDA  sahaja  berpotensi
               memusnahkan  banyak  rekod  positif  syarikat-syarikat  G20.  Lebih  memalukan  ialah,

               bilangan  sebenar  GLC  nasional  dan  GLC  negeri  tidak  diketahui  dengan  tepat  oleh
               pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi, ramai kroni mereka yang terus meraih

               elaun hasil lantikan ke dalam GLC-GLC itu.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan pengamalan ekonomi campuran, dengan

               mengambil prinsip-prinsip sistem ekonomi pasaran sosial sebagai teras utama. Syarikat-
               syarikat GLC akan beroperasi dalam sektor yang mengalami kegagalan pasaran (market

               failure), dan bukan untuk bersaing secara tidak sihat dengan syarikat swasta.


               GLC  akan  diarahkan  mendepani  usaha  mempertingkat  pemilikan  Bumiputera  dalam

               ekonomi negara. Kerajaan Pakatan Harapan mahu menyaksikan lebih banyak pemimpin

               korporat Bumiputera yang mampu meneruskan perjuangan syarikat GLC dengan cara
               pembelian ekuiti oleh pihak pengurusan (management buy out). Ini akan menyumbang

               secara langsung ke arah peningkatan pemilikan Bumiputera.


               Tadbir  urus  syarikat-syarikat  GLC  baik  di  peringkat  pusat  mahupun  negeri  akan

               diperbaiki agar sumbangannya dipertingkatkan.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam

               GLC  nasional  dan  negeri  adalah  dari  kalangan  golongan  professional,  dan  bukan

               berdasarkan kaitan politik mereka.









                                                           54
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60