Page 56 - Manifesto_PH_BM
P. 56

Untuk menghapuskan konflik kepentingan, bayaran elaun kepada semua ahli lembaga

               pengarah syarikat GLC nasional dan negeri akan diterbitkan setiap tahun dalam format
               yang mudah disemak oleh rakyat.



               Semua syarikat GLC akan mewujudkan program khas pembangunan vendor Bumiputera.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  menerima  pakai  piawaian  antarabangsa,  seperti

               Garispanduan  OECD  Mengenai  Tadbir  Urus  Syarikat  Milik  Kerajaan,  dalam  rangka
               memperbaiki keseluruhan tadbir urus GLC.


               Sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen akan ditubuhkan untuk menerima laporan secara

               berkala  daripada  Bahagian  Pelaburan  Kerajaan  Kementerian  Kewangan  mengenai

               prestasi GLC-GLC dalam negara.






















































                                                           55
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61