Page 119 - Manifesto_PH_BM
P. 119

Janji 60: Memartabatkan peranan Malaysia dalam institusi antarabangsa


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  melibatkan  negara  secara  rasmi  dalam  rangkaian-

               rangkaian  tadbir  urus  baik  (good  governance),  bermula  dengan  Open  Government

               Partnership yang merupakan platform antarabangsa tentang keterbukaan dan ketelusan
               kerajaan.



               Oleh kerana Malaysia mempunyai bilangan syarikat milik kerajaan  yang besar, maka,
               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  turut  melibatkan  diri  secara  rasmi  dalam  rangkaian

               tadbir  urus  syarikat  milik  kerajaan  yang  dikelolakan  oleh  badan-badan  antarabangsa
               seperti OECD.



               Kerajaan Pakatan Harapan juga akan mengadaptasi kerangka kerjasama antara kerajaan
               dan masyarakat sivil berdasarkan piawaian antarabangsa, terutamanya yang berkaitan

               dengan ketelusan dan akauntabiliti, seperti Open Contracting Partnership, Open Budget
               Initiative, piawaian-piawaian yang sesuai daripada OECD dan Bank Dunia, dan lain-lain

               lagi.


               Kerajaan Pakatan Harapan meyakini bahawa Malaysia boleh menjadi pemimpin negara-

               negara  membangun,  terutamanya  negara-negara  umat  Islam.  Usaha  akan  dimulakan

               untuk membolehkan tokoh Malaysia memegang sekali  lagi  jawatan  Setiausaha Agung
               Pertubuhan  Kerjasama  Islam  (OIC)  seperti  mana  yang  pernah  dilakukan  oleh  Bapa

               Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.


               Peranan kita akan diperaktifkan dalam ASEAN, terutamanya dalam mencorakkan dan

               mempercepatkan  proses  pembentukan  komuniti  ekonomi,  komuniti  politik  dan

               keselamatan,  dan  komuniti  sosio-budaya  ASEAN.  Penekanan  utama  akan  diberikan
               kepada  pembentukan  komuniti  ekonomi  yang  efektif,  dan  Malaysia  akan  memainkan

               peranan lebih aktif dalam badan serantau seperti Economic Research Institute for ASEAN

               and East Asia (ERIA).









                                                           118
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124