Page 114 - Manifesto_PH_BM
P. 114

Janji 55: Mempelbagai ruang aktiviti golongan muda


               Anak  muda  Malaysia  semakin  aktif  dalam  pelbagai  kegiatan,  baik  yang  berbentuk

               rekreasi, mahupun kerja-kerja kebajikan dan sosial. Ini adalah satu perkembangan yang
               positif kerana ia menyumbang secara langsung kepada pembentukan budaya  inklusif,

               moderat dan positif dalam masyarakat kita.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  mendokong  aktiviti  kemasyarakatan,  sukan  dan

               kebajikan yang dijalankan oleh anak muda.


               Kami  akan  menjamin  kebebasan  untuk  aktivisme  anak  muda,  serta  menggalakkan

               pertumbuhan badan-badan sosial, kebajikan dan aktiviti intelektual awam yang diterajui
               anak  muda.  Perpustakaan  negeri  dan  daerah  serta  dewan-dewan  orang  ramai  akan

               dibuka untuk kegunaan anak muda dengan lebih meluas.


               Ruang-ruang  awam  seperti  taman-taman  rekreasi  dan  kemudahan  sukan  awam  akan

               diperbanyakkan. Kerjasama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan-kerajaan negeri akan
               dipereratkan  lagi  untuk  membina  dan  seterusnya  menyelenggara  dengan  baik

               kemudahan-kemudahan  ini.  Proses  untuk  anak  muda  menyewa  stadium-stadium  dan

               kemudahan-kemudahan  sukan  milik  kerajaan  akan  dipermudahkan  dan  kosnya
               dipastikan rendah.



               Kerajaan Pakatan Harapan akan menggalakkan pertumbuhan sektor keusahawanan di
               kalangan anak muda. Kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan akan

               diarhkan memberi tumpuan dan bantuan yang diperlukan untuk memastikan usahawan-

               usahawan muda dapat berjaya dalam perniagaan yang ceburinya.















                                                           113
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119