Page 115 - Manifesto_PH_BM
P. 115

Janji 56: Menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat


               Sebagai  langkah  pertama  dalam  memposisikan  Malaysia  di  peringkat  global  sebagai

               model  negara  moderat  yang  berjaya  menjaga  keharmonian  antara  kaum  dan  agama,

               Kerajaan Pakatan Harapan akan menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat
               (MPKR).



               Antara peranan MPKR ialah:
                   x  Mengkaji  dan  mencadangkan  dasar-dasar  dan  program-program  yang  boleh

                       meningkatkan  perpaduan  dan    integrasi  serta  menghapuskan  diskriminasi

                       daripada budaya kehidupan kita.
                   x  Mengkaji  dan  memperbaiki  sistem  pendidikan  negara,  memastikan  wujudnya

                       pendedahan awal tentang hubungan antara kaum dan agama kepada para pelajar

                       di semua peringkat.
                   x  Menjadi medan percambahan fikiran, perundingan dan rekonsiliasi antara kaum

                       dan agama.

                   x  Membangunkan pemikiran politik baru yang tidak lagi berpaksikan perpecahan
                       antara rakyat pelbagai kaum dan agama.

                   x  Mengkaji dan mengusahakan mekanisme untuk mewujudkan sebuah masyarakat

                       Malaysia baru yang mengamalkan model politik berteraskan centripetalism, iaitu
                       sistem  yang  berteraskan  prinsip  pertengahan  atau  moderat  serta  menolak

                       ekstrimisme.

                   x  Memimpin  usaha  menggubal  Akta  Keharmonian  Nasional  untuk  menjamin
                       kesaksamaan, menghapuskan diskriminasi dalam semua aspek, dan menjadikan

                       penyebaran  kebencian  antara  kaum  dan  agama  sebagai  satu  jenayah,  selaras
                       dengan Perlembagaan Persekutuan.



               MPKR akan diberi mandat untuk menjalankan kajian-kajian serta aktiviti perkongsian
               dan percambahan minda untuk menghasilkan syor-syor yang boleh dibawa ke peringkat

               kabinet untuk pelaksanaan.


               MPKR akan dianggotai oleh mereka yang pakar dalam bidang hubungan antara kaum dan

               agama serta dihormati oleh semua pihak.


                                                           114
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120