Page 117 - Manifesto_PH_BM
P. 117

Janji  58:  Mempertahankan  sempadan  negara  daripada  pencerobohan,

               penyeludupan dan pemerdagangan manusia


               UMNO dan Barisan Nasional berterusan gagal mempertahankan sempadan darat dan laut

               negara, baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak.


               Di  Semenanjung,  para nelayan  di  Selat  Melaka  dan  Laut  Cina  Selatan  kerap  diancam.

               Malahan,  bot-bot nelayan dari negara asing  juga  ada  yang menceroboh perairan  kita.
               Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah sumber dan kapasiti Agensi Penguatkuasaan

               Maritim Malaysia agar perkara ini boleh diperbaiki. Kerajaan Pakatan Harapan juga akan
               menggunakan  platform  ASEAN  untuk  mengusahakan  penyelesaian  tuntas  dengan

               negara-negara serantau.


               Kapal-kapal asing dilaporkan bertapak di  perairan  Sarawak. Rakyat Sabah pula terus

               bimbang tragedi Lahad Datu akan berulang. Negeri Perlis pula telah menyaksikan tragedi
               Wang  Kelian,  iaitu  di  mana  kubur  mangsa  pemerdagangan  manusia  telah  ditemui.

               Manakala di seluruh negara, masalah penyeludupan barangan terus menerus tidak dapat

               dihentikan. Semua ini adalah contoh betapa UMNO dan Barisan Nasional gagal menjaga
               kedaulatan  negara, yang mana sebahagian daripadanya  adalah akibat daripada  barah

               rasuah                                   yang                                   berleluasa.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  berpegang  dengan  prinsip  bahawa  sempadan  negara  dan

               kedaulatan Malaysia adalah perkara paling asas yang tidak boleh dikompromi. Kami akan

               melipatgandakan  usaha  diplomatik  dan  mempercepatkan  rundingan  bilateral  antara
               Malaysia  dengan  Indonesia  dan  Filipina  agar  masalah  ini  boleh  diselesaikan  dengan

               tuntas.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  tidak  akan  bertolak  ansur  dalam  soal  integriti  agensi

               penguatkuasa.  Demi menjamin keselamatan rakyat dan kedaulatan negara, Suruhanjaya

               Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Kerajaan Pakatan Harapan akan memberi
               tumpuan dan keutamaan kepada proses pengawalan sempadan negara dan seterusnya

               mengambil  tindakan  tegas  terhadap  pihak-pihak  yang  melakukan  kesalahan  tanpa
               mengira kedudukan mereka.



                                                           116
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122