Page 121 - Manifesto_PH_BM
P. 121

ILTIZAM KHUSUS UNTUK WARGA FELDA


               Sejarah FELDA bermula pada tahun 1956 dalam era kepimpinan Almarhum Tunku Abdul

               Rahman  Putra  Alhaj.  Pelopornya  ialah  Tun  Abdul  Razak  Hussein,  tokoh  pemimpin

               berjiwa rakyat yang telah membawa wasasan mahu mempertingkat kedudukan ekonomi
               orang  Melayu.  Tun  Razak  mengusahakan  pemberian  tanah  dan  penempatan  semula

               orang  Melayu,  untuk  membolehkan  mereka  membina  kehidupan  baru.  Beribu-ribu

               peneroka FELDA dan anak cucu mereka telah mendapat manfaat daripada legasi Tun
               Razak ini.


               Tetapi hari ini FELDA telah dirompak oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang

               tamak haloba. Harta milik FELDA ditukar milik dengan sewenang-wenangnya. Tadbir

               urus FELDA sebagai sebuah syarikat milik kerajaan adalah amat memalukan, sehingga
               Ahli Lembaga Pengarah berlepas diri dengan mengatakan mereka tidak tahu apa yang

               berlaku.


               Tatkala berbilion-bilion ringgit harta milik FELDA hilang ke tangan orang lain dan kroni-

               kroni hidup kaya raya, nasib peneroka FELDA dan ahli keluarga mereka semakin tidak
               terbela.  Jumlah  hutang  mereka  meningkat  hingga  berratus-ratus  ribu  ringgit  akibat

               kegagalan  pengurusan  FELDA  itu  sendiri.  Generasi  kedua  dan  ketiga  FELDA  kini

               merasakan sukar untuk hidup di kawasan FELDA kerana peluang pekerjaan yang tidak
               menentu  dan  prasarana  yang  tidak  mencukupi.  Cabaran  gejala  sosial  pula  semakin

               berleluasa di kalangan anak-anak muda.




               Iltizam 1: Menghentikan penyelewengan dalam FELDA di semua peringkat


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  mengambil  tindakan  segera  untuk  membela  nasib
               peneroka FELDA dan anak cucu mereka. Kami akan memastikan para pemimpin politik

               dan  kroni-kroni  akan  dibawa  ke  muka  pengadilan  supaya  mereka  menerima  balasan

               yang setimpal dengan amanah yang telah di khianatinya.







                                                           120
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126