Page 122 - Manifesto_PH_BM
P. 122

Sebuah  Suruhanjaya  Siasatan  DiRaja  akan  ditubuhkan  untuk  membedahsiasat  FELDA

               secara keseluruhannya, dan mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk
               mengembalikan semula maruah dan kegemilangan FELDA seperti yang diimpikan oleh

               Almarhum  Tun  Abdul  Razak.  Suruhanjaya  ini  juga  akan  ditugaskan  menyiasat  semua

               kontrak  dan  perjanjian  yang  ditandatangani  oleh  FELDA,  terutamanya  yang
               membabitkan korporat kroni UMNO dan Barisan Nasional.



               Sebuah  Jawatankuasa  Khas  Kabinet  akan  ditubuhkan  untuk  menyelia  pelaksanan
               Suruhanjaya Siasatan DiRaja berkenaan. Sebagai langkah jangka panjang, Jawatankuasa

               Khas Kabinet ini juga agar diberi tanggungjawab mendengar secara langsung keluhan
               warga  FELDA,  mengenalpasti  masalah-masalah  yang  mereka  hadapi,  serta

               mengkoordinasi  penyelesaian  yang  perlu  diambil  oleh  agensi-agensi  kerajaan  untuk

               mempertingkat kualiti kehidupan warga FELDA.


               Harta dan aset-aset FELDA yang diselewengkan akan diambil kembali melalui proses
               undang-undang yang sah.



               Peneroka hari ini tidak mempunyai hak untuk menuntut keadilan melalui proses yang
               seimbang. Ini kerana mereka hanya boleh membawa aduan ke Jawatankuasa Timbang

               Tara  seperti  yang  diperuntukkan  dalam  Akta  Tanah  (Kawasan  Penempatan

               Berkelompok)  1960.  Jawatankuasa  ini  pula  selalu  membuat  keputusan  yang  berat
               sebelah  kerana  ia  tidak  bebas  daripada  pengaruh  eksekutif.  Untuk  mengembalikan

               keadilan  kepada  peneroka,  Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  meminda  akta  ini  agar

               peneroka boleh membawa kes mereka ke mahkamah.




               Iltizam 2: Menyusun semula tadbir urus FELDA

               FELDA  akan  disusun  semula  untuk  membolehkan  mereka  memberi  fokus  kepada

               perniagaan  teras  FELDA,  iaitu  sektor  perladangan,  demi  kesejahteraan  peneroka  dan

               keluarga mereka.







                                                           121
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127