Page 108 - Manifesto_PH_BM
P. 108

Janji 51: Membela nasib golongan OKU


               Demi memastikan pembangunan negara memberi manfaat kepada semua rakyat secara

               sama  rata,  kerajaan  mempunyai  tanggungjawab  untuk  membantu  golongan  kurang

               upaya. Golongan ini tidak diberi perhatian sewajarnya oleh UMNO dan Barisan Nasional
               dan mereka terus dipinggirkan dari arus utama kemajuan negara.



               Kerajaan Pakatan Harapan akan memberi mandat kepada Institut Sosial Malaysia untuk
               menjadi  peneraju  berpusat  kajian  dasar-dasar  kerajaan  berkaitan  golongan  kurang

               upaya  secara  holistik.  Satu  Pusat  Kecemerlangan  Dasar  Orang  Kurang  Upaya  akan
               diwujudkan  dalam  Institut  Sosial  Malaysia  untuk  tujuan  ini,  dan  untuk  bekerjasama

               dengan semua badan-badan yang bersesuaian dalam hal ini.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  menaikkan  peruntukan  pendidikan  khas  di  sekolah-

               sekolah  kerajaan,  terutamanya  untuk  melatih  guru,  membeli  kelengkapan  kelas,  dan
               menambah bilangan tempat yang boleh disediakan. Matlamat utama ialah mewujudkan

               suasana pembelajaran kondusif di sekolah-sekolah.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan bekerjasama dengan sektor swasta dan keusahawanan

               sosial  untuk  menyediakan  lebih  banyak  peluang  latihan  teknikal  dan  vokasional  bagi

               golongan istimewa.


               Insentif sekaligus akan diberikan kepada syarikat-syarikat swasta untuk menyediakan

               kemudahan  bagi  golongan  istimewa,  dan  semua  jabatan  kerajaan  dan  agensinya
               diwajibkan  mempunyai infrastruktur yang mesra golongan istimewa.



               Pusat-pusat  jagaan  golongan  urang  upaya  akan  diletakkan  di  bawah  kawal  selia
               Suruhanjaya  Pertubuhan  Kebajikan  dan  Bukan  Berteraskan  Keuntungan  agar  mereka

               mendapat sokongan yang sewajarnya.











                                                           107
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113